Welcome to Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA)!

     Modules
· Home
· AvantGo
· Downloads
· Feedback
· Journal
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Statistics
· Stories Archive
· Top 10
· Topics
· Web Links
· Your Account

     Who's Online
There are currently, 6 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

     Languages
Select Interface Language:


     Total Hits
We received
242117
page views since March 2004

     User Info
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: benjamin4pz
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 7

People Online:
Visitors: 6
Members: 0
Total: 6

 Kenyataan Media bersama

utamaKenyataan Media bersama
TERAS dan SHURA

























1 hb Januari 2009

TERAS dan SHURA mendesak semua Menteri Luar OIC yang dijangka akan bersidang di Jeddah Sabtu , 3 hb Januari 2009 ini agar jangan lagi menghasilkan hanya rayuan supaya US , EU dan PBB bertindak menghentikan keganasan Israel ke atas Gaza.

Sepatutnya ketua-ketua negara OIC mesti melaksanakan terus pelan bertindak untuk mempertahan rakyat Gaza tanpa lengah lagi. Jika kali ini persidangan tersebut hanya mengeluarkan desakan bersifat retorik kosong semata-mata dan nasib rakyat Gaza terus tidak dapat dilindungi lagi , maka sudah sampai masanya OIC di bubar sahaja.

Umat Islam tidak lagi nampak OIC ini relevan selain hanya memghabiskan wang rakyat yang dibelanjakan untuk membiaya perbelanjaan pemimpin-pemimpin menghadhiri konferens ke sana kemari sehingga membazirkan beratus juta dolar.

Dengan tegas kami menyatakan bahawa bukan masanya lagi untuk OIC menjadi boneka kepada kuasa Barat seperti yang jelas ditunjukkan oleh Mesir yang kini berkomplot bersama dengan Israel dan Amerika untuk membunuh rakyat Gaza. Pemimpin-pemimpin Negara-negara Arab terutamanya mesti bertanggungjawab langsung untuk bertindak menyelamatkan nyawa rakyat Gaza yang tertindas didepan mata mereka setiap hari.

OIC akan tercatat dalam sejarah sebagai sebuah kelab pemimpin-pemimpin negara-negara yang bacul dan boleh dianggap bersekongkol dengan kuasa Barat yang mengizinkan umat Islam Palestin dizalimi sehingga lebih dari 60 tahun.

Pendirian kami ialah bagi setiap hari Gaza dibiar terus berlumuran darah dan diserang tanpa perikemanusiaan dan rakyat awam seperti kanak-kanak , wanita dan orang tua terus terkorban , termasuk seluruh prasarana awam dan kerajaan dimusnahkan , maka kami meletakkan pemimpin-pemimpin OIC turut bertanggungjawab terhadap kezaliman ini.

Malah kami beranggapan dengan melengah-lengah tindakan untuk mempertahankan rakyat Gaza , merupakan tanda pemiimpin-pemimpin OIC adalah munafiq , bila mereka beretorik memperjuangkan kepentingan umat Islam tanpa dalam masa yang sama membenarkan umat Islam disembelih oleh Israel dengan bantuan Amerika..

Kepada Datuk Seri Rais Yatim , Menteri Luar Malaysia , kami mempertanggungjawabkan beliau untuk membawa amanah umat Islam Malaysia supaya mendesak semua kerajaan negara OIC segera menghantar tentera masing-masing mempertahankan rakyat Gaza.

Malaysia perlu mengambil pendirian tegas untuk mendesak supaya serangan Israel dibalas dengan respon yang sama dan Israel dihukum diatas keganasannya sebagai negara teroris.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha SHURA

Presiden TERAS



 
     Related Links
· More about utama
· News by ughani


Most read story about utama:
ISLAM HADHARI''


     Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


     Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 Send to a Friend Send to a Friend


Associated Topics

utama

"Login" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register




PHP-Nuke Copyright © 2004 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.03 Seconds