Perdana Menteri Palestin YAB Ismail Haniyeh menegaskan : "Pada hakikatnya kami meraih kemenangan bersejarah dari sudut strategi. Ia adalah kemenangan Ilahi dan Rabbani”. Beliau menekankan lagi bahawa kemenangan ini bukan kemenangan satu kumpulan pejuang , parti atau penduduk setempat tapi dia adalah kemenangan rakyat. Kemenangan yang digapai oleh seluruh lapisan rakyat Palestin.
Ia juga kemenangan umat Islam dan umat manusia seluruhnya ; justru perjuangan ini didakap dan didokong oleh seluruh insan berjiwa merdeka yang prihatin dan tegak memperjuangkan kebenaran di dunia ini.
Beliau menandaskan lagi dalam ucapan yang disiarkan oleh TV al Aqsa, bahawa kemenangan ini membuka jalan kepada kemestian meraih kemenangan yang lebih besar yang intisarinya ialah untuk mempertahankan seluruh hak rakyat Palestin , pembebasan tanah air mereka, menegakkan negara Palestin yang ibu kotanya ialah al-Quds, pembebasan seluruh orang tahanan di penjara penjajah Zionist dan pulangnya seluruh pelarian dan pengongsi Palestin dari luar negara.
Beliau menandaskan lagi tentang kegagalan penjajah Israel mencapai matlamatnya sedangkan para pejuang kemerdekaan Palestin masih tetap dalam perjuangan pembebasan mereka demi menjaga maruah umat dengan tekad keazaman yang kental dan tiada tolok bandingannya.
YAB Ismail Haneyah Juga berjanji akan menghulurkan bantuan seberapa segera yang boleh kepada seluruh keluarga Palestin yang ditimpa malapetaka perang Zionist . Beliau akan berusaha untuk membangun semula rumah dan premis-premis yang diruntuhkan oleh mereka. Beliau juga meminta negera-negara Arab dan Islam agar ikut memikul tugas dan tanggongjawab berkenaan.
Beliau menambah kata :"Kemenangan ini wajar mendorong semua agar diadakan suatu dailog dalaman antara para pejuang Palestin demi perpaduan , kedamaian dan menamatkan konflik dalaman antara sesama mereka. "
Beliau juga menandaskan tentang perlunya Israel menarik semula semua bala tenteranya daripada bumi Ghazzah, membuka pintu laluan untuk menyeberang perbatasan, menamatkan kepongan ekonomi serta tidak mengizinkan semula rakyat Palestin – setelah sekian banyak penderitaan dan pengorbanan - sekali lagi menanggong penderitaan dikepong dan di embargo sedemikian rupa.
Haniyeh juga menuntut supaya pehak-pehak yang bertanggongjawab segera menghantar suruhanjaya penyiasat antarabangsa untuk merakamkan serta mendokumentasikan segala bentuk kekejaman dan salah laku tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan menampilkan individu dan ketua-ketua tentera mereka yang berpetualang dan bertanggongjawab kemuka pengadilan antarabangsa seperti ICC dan lain-lain.