Welcome to Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA)!

     Modules
· Home
· AvantGo
· Downloads
· Feedback
· Journal
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Statistics
· Stories Archive
· Top 10
· Topics
· Web Links
· Your Account

     Who's Online
There are currently, 10 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

     Languages
Select Interface Language:


     Total Hits
We received
244116
page views since March 2004

     User Info
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: benjamin4pz
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 7

People Online:
Visitors: 10
Members: 0
Total: 10

 Kenyataan Media Bersama

utamaSHURA DAN TERAS MENGUTUK KERAS
PEMBUNUHAN DI MASJID AL FURQAN ,
NARATHIWAT




11 hb Jun 2009












Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan TERAS mengutuk pembunuhan saudara-saudara Islam yang sedang solat di Masjid Al Furqan di Wilayah Narathiwat pada selasa (9 hb Jun 2009) yang lalu.

Pergolakan di Thailand Selatan yang tidak mencapai sebarang pemulihan dan penyelesaiaan amat dikesali.

Tindakan menembak secara kejam ke atas mereka yang sedang solat di masjid tersebut tidak dapat di maafkan oleh umat Islam.

SHURA dan TERAS mengutuk dengan keras siapa sahaja yang terlibat dengan pembunuhan ini dan menuntut agar seluruh umat Islam bangkit untuk bertindak memelihara kesucian masjid dan keselamatan saudara seagama nya.

SHURA dan TERAS amat kesal betapa sejak pembunuhan lebih 30 orang umat Islam oleh tentera Thailand di di dalam Masjid Kerisik , Pattani pada April 2004 , kerajaan Thailand maseh gagal mengatasi konflik yang tercetus sehingga hari ini. Kegagalan tersebut sehingga kini telah meragut lebih 3500 nyawa dan keadaan keselamatan di kawasan yang bergolak itu tidak dapat dipuleh.

SHURA dan TERAS berpendirian selagi hak umat Islam untuk dapat memerintah sendiri serta segala dasar diskriminasi dan undang-undang dharurat yang maseh dikuatkuasakan di 3 wilayah bergolak itu , selagi itulah umat Islam akan terus menjadi mangsa dan kemarahan mereka tidak dapat dibendung.

Ini ditambah lagi penangkapan , penculikan dan pembunuhan secara senyap terus dilakukan oleh pihak keselamatan Thailand ke atas mereka yang tanpa bukti dituduh sebagai pejuang pemisah. Peristiwa di Tak Bai 2004 juga sehingga kini maseh belum diambil tindakan yang wajar ke atas pihak polis yang bertanggungjawab yang mengakibatkan lebih seratus orang awam terbunuh.

Kami tidak dapat menerima tuduhan melulu yang dilontar kepada golongan pemisah selagi siasatan tidak dilakukan. Pihak Thailand dan media tempatan sering kelihatan menggambarkan bahawa pejuang pemisahlah yang bertanggungjawab ke atas ketengangan yang berlaku.

Akan tetapi tindakan rambang pihak tentera dan polis Thailand yang menzalimi masyarakat Islam di kawasan selatan itu sehingga kini tidak pernah dipersoalkan.

SHURA dan TERAS juga menuntut agar Malaysia mengambil inisiatif segera supaya konflik di Thailand selatan dapat diselesaikan dengan perundingan damai melalui sidang khas ASEAN . SHURA dan TERAS kini sedang bertindak mengembleng sebanyak 8,000 masjid di seluruh tanah air untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat serentak pada hari Jummat , 20 hb Jun 2009. Kami menyeru semua imam-imam masjid bekerjasama melaksanakan solat hajat untuk menimbulkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam Malaysia demi melindungi hak dan keselamatan umat Islam di Thailand.

Us.Hj.Abdul Ghani Samsudin

Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS merangkap Setiausaha Agung SHURA



 
     Related Links
· More about utama
· News by ughani


Most read story about utama:
ISLAM HADHARI''


     Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


     Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 Send to a Friend Send to a Friend


Associated Topics

utama

"Login" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register




PHP-Nuke Copyright © 2004 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.03 Seconds